- Hari ni say nak bercerita mengenai teluk batik yg lokasinya di lumut, perak...pantai yang indah dan cantik...
- Sejarah Teluk Batik dikatakan bermula kedatangan kaum Batak dari Kepulauan Sumatera di Indonesia. Ceritanya bermula apabila pada zaman dahulu lanun-lanun dan perompak menjadikan perairan Selat Melaka tempat mereka merompak dan merampas hasil dagangan dan kepunyaan pemilik oaring-orang yang menggunakan laluan Selat Melaka tersebut. Ini tidak terkecualilah kaum Batak ini. Mereka menjadikan Teluk Batik yang ada sekarang tempat perlindungan daripada ancaman lanun dan perompak tersebut. Dari situ bermulalah penempatan kaum Batak dan tempat tersebut telah dipanggil Teluk Batak. Diberitahu oleh kebanyakan penduduk asal berhampiran (Kampung Teluk Muruk dan Kampung Padang Tembak) panggilan Teluk Batak kekal sehinggal awal 80an, selepas itu oleh kerana panggilan Teluk Batak tidak sedap didengar maka ianya telah ditukar dengan panggilan Teluk Batik. Panggilan nama Teluk Batik kekal sehingga sekarang. Anggaran keluasan Teluk Batik ialah berukuran lebih kurang 60 ekar persegi. Nama Teluk Batak ini telah ditukar kepada Teluk Batik secara rasminya pada 26 hb. April 1974.
Sabtu, 11 April 2015
TELUK BATIK "SYURGA" PENGGEMAR PANTAI
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan